Dulu 2010, ada ambil 1 tong ESP kalau tak salah, tu pun guna lepas bersalin, tujuan untuk pekatkan susu, kawan yang bagitau.

Tapi ambil sekali tu saja, he3....erm entah, xtahu nak rasa beza, mungkin dengan sebab rasa yang agak pelik. Tak tahu juga untuk mempelbagaikan cara guna.

Tahun 2013 pun sama, ambil 1 tong juga untuk selepas bersalin.

2015 juga 1 tong...ha3, semua 1 tong, lawak sungguh.😂😂😂

2017, teringin untuk kaji lebih tentang ESP. Rupanya, ESP boleh buat banyak cara untuk minum dan makan.😃

Tapi saya masih xda bukti yang jelas tentang kebaikan ESP. Saya jenis orang yang terlalu sukar untuk mudah2 percaya atas bukti orang lain. Antara lain juga, badan seseorang memainkan peranan juga. Itu sebab ada yang cepat dapat kesan, ada yang lambat kesan, dan ada yang langsung tiada kesan.

2017, saya cuba beli lagi ESP memandangkan saya masih menyusu 2 orang anak. Hhhrrrmmm... Saya dapat rasa kesannya bila dukung mereka, rasa berat, selalu ringan2 saja anak2 saya ni, 2 tahun 7kg, 4 tahun 13kg.


Kiranya untuk kes saya, ESP berkesan untuk tambah berat badan anak2 saya.

Waktu itu, saya hanya letak 2 sudu dalam air milo saya 3x sehari.

Untuk lebih tahu lanjut lagi, saya cuba pelbagai juadah cucur dan masukkan ke dalamnya, kalau ikut, protein soya terhapus jika terlebih panas, saya abaikan bab itu, untuk uji kepada anak sulung saya yg berumur 7 tahun. Adakah berat badannya boleh bertambah? Iya, daripada 14 kg bulan April 2017, sekarang November 2017, 18kg. Kira bukti yang memberangsangkan.

Anak2 saya jenis makan banyak tapi xmau bertubuh, asyik kurang zat saja. Pening kepala sebab dah mencuba pelbagai suplemen. Sekarang nampak ESP berkesan untuk mereka, alhamdulillah.

Kalau tak percaya, mungkin anda boleh mencubanya.😊

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AMALAN IBU IMAM SYAFIE SEMASA MENYUSUKAN BELIAU

B kompleks

Vita Lea