Di NICU Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah terdapat 4 bilik khusus untuk bayi yang selepas dilahirkan mempunyai masalah. Bilik berkenaan untuk kes tertentu. Ia memang besar, padanlah hospital ini dikatakan paling ramai Pakar Kanak-kanak.

Mungkin rata-rata ibu yang selepas bersalin, terus bayi berada di samping mereka.😍

Tetapi normal untuk saya, bayi tiada bersama. Hahaha.😅

Hakikatnya dalam diri, sendiri saja tahu.😄

Jarang-jarang sekali setelah masud wad bersalin, ibu berada atas katil sendirian. Pelik kepada yang tidak biasa. Tambah-tambah mentaliti orang warga emas yang datang melawat anak mereka, bertanyakan saya,

Makcik: "Sudah bersalin ke? , Mana anak?"

Saya: "Sudah, semalam makcik. Cuma anak saya masuk di NICU, makcik."

Makcik: "Kenapa?"

Saya: "Saya lahir tak cukup bulan, dan bayi saya tak cukup berat. Tapi Alhamdulillah, bayi saya sihat saja, InsyaAllah. Tunggu berat naik 1.8kg baru boleh bawa keluar pun."

Makcik tersebut diam.

Pandangan mereka anak saya sakit.

Senyum lagi saya.

Ya, mungkin.

Tapi lain fikiran saya, bersyukur sebab bayi saya sihat.

Makcik belum masuk dalam NICU, kalau masuk mungkin makcik pengsan gamaknya.😅

Dengan betapa ramainya bayi dalam itu. Belum lagi dengar masalah yang dihidapi setiapnya. Mungkin makcik pengsan berkali-kali lagi.😂

Macammana pula yang bayi yang memang tak sihat, mempunyai pelbagai komplikasi atau mungkin meninggal sebelum sempat dilahirkan? 😭

Ada terfikirkah kita?, tentang perasaan, emosi dan rasa hati ibu berkenaan?😭😭😭

Saya telah berjumpa ibu-ibu ini, dan saya gelar mereka INSAN HEBAT.

Ini pengalaman saya kerana 4 anak saya ke semuanya adalah PRAMATANG.

http://www.wasap.my/60194954270

#teamadilah
#teamlsc #teamlegasisemarakchangloon
#menulisdarihatishaklee
#shakleeeffect

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AMALAN IBU IMAM SYAFIE SEMASA MENYUSUKAN BELIAU

B kompleks

Vita Lea