Cerita Kak D



Kalau ikut rekod perubatan saya, tiap kali hamil, saya hidap darah tinggi kronik, 160/100 setiap kali buka buku merah masa mula2 tahu hamil, kira kandungan 8 minggu. Jadi biasanya doktor akan terus bagi ubat methadopa.

Bila dah on ubat, faham2 la, samada kena cek tekanan darah (bp) setiap hari, selang 2 hari atau semigu 2x, bergantung bacaan bp kita.

Kalau bp makin naik, dos ubat doktor akan naikkan , dan ulang2 untuk cek bp di klinik berhampiran rumah.

Bila dilema macam ini, dengan pula kandungan yang ke 4, saya perlu buat sesuatu untuk kesihatan diri.

Sebelum ini, ada juga kata2 luar, bagitahu, ESP xsesuai dengan orang yang ada tekanan darah tinggi.

Saya akui, terpengaruh juga dengan sebaran berita berkenaan, sebab itu saya xteruskan amal ESP masa 2013 dan 2015.

2017, Januari, saya cuba buat ujian darah untuk tahu bacaan ginjal saya. Nasib sekarang, klinik kesihatan kerajaan telah ada makmal sendiri, dan result boleh tahu selepas 1 minggu darah diambil. Amat mudah sekali berbanding dulu2, dan jika saya pergi ke klinik swasta lebih RM750 saya kena keluarkan, itu saya pernah buat masa tahun 2015, sekarang 2017 mungkin bayaran lebih lagi. Klinik tempat saya bekerja pun ada makmal sendiri, tapi untuk test macam ini, saya perlu keluarkan duit sikit sekitar RM300 sebab majikan tak cover.

Saya jumpa doktor, result sudah ada, doktor bagitau,

 "Puan, kalau ikut result yang diterima, bacaan adalah normal, tapi dah dekat2 ke arah tidak normal, jadi puan perlu jaga kesihatan puan".
Saya tanya, "saya nak jaga kesihatan macam mana ya? ".
"Puan buat mcm biasa, banyakkan senaman, makan makanan berkhasiat, minum banyak air".
 "Boleh sembuh tak doktor",
"xpasti mungkin ada, mungkin tidak , bergantung kepada cara hidup dan makan puan".

Kalau puan hamil, rasa mungkin bacaan kerosakan makin tinggi, sebab bebanan bb lagi.Sedihkan kalau dengar. Tiada kata2 semangat yang diberikan, kecuali minta untuk makan ubat mungkin.

#Part 1_adilah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AMALAN IBU IMAM SYAFIE SEMASA MENYUSUKAN BELIAU

B kompleks

Vita Lea