Cabut gigi

Bila awal 2017, gigi tampalan saya terkeluar. 3 tempat lagi.😒

Doktor tampalkan semula.

2 gigi graham, kiri kanan, 1 gigi sebelahnya di sebelah kiri depan, tapi perlu ke rawatan akar .Gigi graham kanan setelah ditampal, gusi pula asyik bengkak.

Jadi teruskan saja proses tampalan tersebut, doktor.

Mac 2017, disahkan hamil untuk no.4, gigi graham kanan, bengkak asyik tak surut. Doktor beberapa kali cek dan cuci bahagian gusi berkenaan dalam 4 kali juga rawatannya.Tetap gagal. Untuk cabut, ketika hamil perlu menunggu 6 bulan ke atas kehamilan.

Bayangkan betapa terseksa juga hidup hadapi hari2 mendatang.πŸ˜‚

Baru2 ini, masuk saja 6 bulan, saya minta doktor untuk mencabutnya.

3 kali juga datang, tapi gagal sebab tekana darah tinggi masa sebelum cabut. Angkara sangat takut dan fobia untuk cabut. Rajin2 juga baca dan cari info tentang situasi ketika cabut gigi.πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Alhamdulillah. Atas tunjuk ajar doktor, segalanya berlangsung dengan tenang dan mudah.😊

Saya memang sejak klinik kerajaan makin baik kemudahannya, di klinik kerajaan saja saya buat rawatan gigi saya ini. Kalau dulu2, memang, perlu buat temujanji bagai sehingga kekadang mengambil masa yang sangat lama, tapi sekarang terus saja masuk setelah mendaftar. Walau terlalu ramai pesakit kekadang tu, masih berjalan dengan cepat sebab bilik rawatan saja ada 3. Jadi cepat dan cekap sudah sekarang ini. Kadar bayaran juga murah dalam RM 1 sahaja untuk perkhidmatan. Jika ada cabutan gigi atau tampalan atau buatan gigi palsu, masih juga harga yang terlalu murah. Berbanding klinik gigi swasta yang sekarang harga semakin tinggi. Kecuali ada perkhidmatan yang mereka tidak dapat sediakan seperti buat crown/sarung gigi setelah rawatan akar, perlu juga pesakit ke klinik swasta.

Doktor gigi juga memberikan penerangan yang sangat jelas sebelum proses cabutan gigi. Arahan yang diberikan juga tidak menakutkan saya, doktor memberitahu bagaimana rasa kesakitan yang akan dirasa dan apa yang dia akan buat untuk proses cabut. Dengar baik2 dan tenangkan diri sahaja.😊

Proses cabut yang terlibat adalah:

1. Cucuk ubat bius di pipi, untuk bagi bahagian sebelah muka, atau gigi kawasan tersebut kebas2.

2. Jika masih tidak terasa kenas, macam kes saya yang gusi bengkak/nanah, doktor akan bius ke tempat gusi pula.

3. Sambil tunggu kebas, tenang2kan lah diri ya, jangan takut, tarik nafas😊

4. Doktor mula untuk cabut.😁 doktor bagitahu, dia akan pegang gigi dengan alat macam spanar, dia akang goyang2 kan gigi, puan hanya perlu rileks, jangan stress atau menolak, nanti saraf tegang, gigi pun sukar untuk keluar, katanya. Gigi boleh pecah jika puan stress. Jadi tenang2 kan diri sahaja. Saya hanya perlu rileks, berasa kenang goyang2, jadi ikut sajaarahan doktor, sekejap saya, sambil doktor kata, good puan, dah keluar pun gigi tak sampai 1 minit. Alhamdulillah. Syukur selesai.
T
Sebelum2 itu, setiap hari, asyik kenang yang buruk2 saja. Takut sedih, macam2 ada.πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


Setelah selesai cabut:

1. Rilekskan diri, mungkin erasa gelabah atau nak pitam, sebab kesan takut, macam saya.

2. Bagi yang tidak hamil, mungkin doktor bagi ubat tahan sakit. Yang hamil macam saya, hanya panadol sahaja yang dibenarkan.

3. Saya selesai cabut pada jam 10am, tengah hari masih ok lg, ada pesanan juga.

- jangan berkumuh2
- makan benda panas, hanya yang sejuk2 sahaja
- nak lagi cepat makan ais krim , untuk bagi darah berhenti mengalir πŸ˜…

4. Dalam jam 3pm, mula terasa kesan kebas hilang, bahagian yang dicabut sakit, hu3.
Ini sebab saya tidak ambil panadol, ada tips saya baca, ambil siap2 panadol sebelum hilang kesan ubat. Saya pula, ambil ketul ais letak pada pipi sehingga tertidur.πŸ˜‚
Alhamdulillah, berkesan cara ini pun. Jam 6pm bangun dan berasa ok.

5. 2-3 hari juga akan berasa macam sengal2 pada tempat cabut, lama2 dah ok.

Ok, selamat mencuba kepada semua.πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AMALAN IBU IMAM SYAFIE SEMASA MENYUSUKAN BELIAU

B kompleks

Vita Lea