Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017
Ummi: Anak-anak, jom siap, kita nak pergi jalan-jalan sekejap. Teman ummi. Pergi makan kenduri dengan tokwan. Anak2 : yeyyyy...😃😃😃                ok, ummi, kami nak bersiap,                semua ke ummi?                 Abah ikut tak? Ummi: Tak, sekejap saja nak pergi.              Eh, abang nak ikut tak? Abah: Tak ...ada kerja nak buat, pergilah. Ummi: ok 15 minit kemudian, Ummi: Eh, kenapa banyak barang sangat ni, kamu semua bawa? Kenapa semua kamu penuh tangan ni? Kitakan nak pergi sekejap saja? Ini macam nak duduk  seminggu pula. Anak2: Entah, abah yang tolong masukkan barang2 kami dan bagi. Ummi: abang...😏😏😏 Abah: Bawa saja, takut nak guna dan tak cukup. ...
Bismillah. Ilmu yang boleh diguna. InsyaAllah. . . . Assalamualaikum, antara intipati kuliah Darul Ansar Al-Idrisiyah di Pusat Rawatan Al Munawwarah Alor Setar Kedah pada pagi tadi ialah antara:  kaedah yang baik agar ALLAH mengurniakan kepada kita, dapat bertemu dengan orang yang telah wafat terutamanya orang tua kita (setidak-tidaknya pertemuan itu di dalam mimpi). • Hadiahkan bacaan Surah al Fatihah kepada Baginda Nabi ﷺ, Khulafa al Rasyidin, para sahabat, ahli keluarga Baginda Nabi ﷺ, para Masyaeikh dan kaum Muslimin. • Hadiahkan bacaan Surah al Fatihah roh ibu/bapa. • Istighfar untuk diri sendiri dan ibu/bapa (100×) • رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ (×1000) • اللَّهُمَّ اَرِنِي وَاَلْحِقْــنـيْ بِــ(nama arwah) (×1000)
AURA SEORANG IBU . . . Jangan sedih ya kakak dan adik-adikku.😊 Cerita ini tentang arwah mak. 5 FEB 2016, 4.14pm, Jumaat, arwah mak tinggalkan kita. Ingat lagi saat itu. Kita rancang untuk berkumpul sama-sama malam berkenaan untuk sambut hari jadi mak yang jatuh pada tarikh berkenaan. Kita semua memang tak telefon pagi Jumaat tersebut konon untuk buat kejutan besar, pada masa yang sama juga, memang masing-masing pun jadi lupa untuk ucapan selamat seperti tahun-tahun sebelumnya.😭 Jangan menangis ya, kakak dan adik2 ku, Padahal aku sendiri air mata tengah mencurah-curah. Maaf.😭😭😭 Apa-apa pun, kalian jangan lupa untuk sedekah al- fatihah setiap hari ya, dan tika kalian terdetik saja kepada arwah mak bila-bila masa pun. Cerita ini rentetan JURNAL KESYUKURAN yang sedang aku praktik setiap hari bermula 3 hari yang lalu. Sejak ketiadaan mak, memang terasa sungguh sunyinya keadaan di rumah ku juga.😭 Hilang seri, sebab kebiasaannya arwah mak agak kerap da...