Hal anak-anak awal lepas lahir
Selepas kelahiran: Anak nombor 1, di Hospital Kangar, Perlis: "Anak sihat, aktif, puan jangan risau. Puan berehat saja." Ok. Di sini, NICU kecil sahaja, bayi tidak ramai. Semua bayi yang sakit kritikal dan tidak cukup berat diletakkan sekali. --------------- Anak nombor 2, di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah. "Anak sihat, aktif, juga puan jangan risau. Berehat saja." Ok. Di sini, NICU saja ada 4 bilik, setiap bilik muat 50 orang kalau tidak salah. Setiap bilik, ikut masalah masing-masing. Bilik 1 untuk yang paling kritikal. Bilik 2 untuk bayi yang perlukan sikit pantauan ringan. Bilik 3 untuk yang dah stabil daripada kritikal, dan bayi yang lahir tidak cukup berat. Bilik 4 untuk yang ringan juga. Anak saya ditempatkan di Bilik 3. ------------------ Anak nombor 3, Juga di Alor Star, "Anak sihat, aktif, juga puan jangan risau. Berehat saja." Ok. Yang ini, Bilik 1 sebab perlu incubator khas sebab lahir bawah 1 kg.